PROFIL PROFESIONAL
Nama: Noor Asiah binti Ismail
Jawatan: Guru Pendidikan Islam
Sekolah: SJKC Peng Min, Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah
Pengalaman Mengajar: Sejak tahun 2005
Ringkasan Diri
Saya merupakan seorang Guru Pendidikan Islam yang aktif dalam penggunaan teknologi digital, inovasi pendidikan dan kecerdasan buatan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Saya sentiasa berusaha menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik, kreatif dan bermakna melalui penggunaan Google Workspace for Education, Gemini AI, NotebookLM, Canva AI, gamifikasi serta pelbagai bahan digital.
Selain mengajar, saya turut terlibat dalam latihan, perkongsian ilmu dan bimbingan kepada guru serta murid di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
Bidang Penglibatan Profesional
- Pendidikan Islam
- Integrasi AI dalam PdP
- Google Workspace for Education
- Gamifikasi dan permainan interaktif
- Pembangunan bahan digital
- Inovasi pendidikan
- Latihan dan bimbingan guru
Pensijilan dan Peranan
- Google Certified Educator Level 1
- Google Certified Educator Level 2
- KS-DGiT
- Jurulatih Utama Pengintegrasian AI dalam PdP Negeri Kedah
- Jurulatih Utama Modul Intervensi Jawi Negeri Kedah
Prinsip Perkongsian
"Berkongsi ilmu, memperkasa pendidikan dan memberi manfaat kepada orang lain"
