MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR SESI AKADEMIK 2022/2023

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...Pada 15 Februari 2023 bersamaan 24 Rejab 1444H hari Rabu, telah berlangsung satu Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-sekolah bagi Daerah Kota Setar Sesi Akademik 2022/2023. Majlis diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat dan dirasmikan oleh Datin Hamidah Bt Ismail Timbalan PPD Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar.

Majlis Khatam Al-Quran merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Program ini biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah:
1) Menanam minat murid secara berterusan dalam tilawah Al-Quran dan sentiasa mendampinginya.
2) Memastikan semua murid tahun enam dapat menguasai kemahiran tilawah Al-Quran sebelum mereka menyambung pelajaran ke sekolah menengah.
3) Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah khatam Al-Quran.

Matlamat Pelaksanaan Program Khatam Al-Quran
1) Membina, mengukuhkan aspek penghayatan Islam dikalangan generasi muda.
2) Merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin melihat murid-murid sekolah rendah boleh khatam Al-Quran sebelum menjejaki sekolah menengah.
3) Al-Quran sebagai nadi ilmu paling utama.
Melengkapkan objektif Program j-QAF dalam Model Khatam Al-Quran.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa majlis yang telah menjayakan majlis ini dengan baik dan sempurna. Semoga majlis ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT...Aamin..🌹


Pautan Link YouTube :

Previous Post Next Post