SJKC PENG MIN CATAT KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE (KATEGORI LELAKI) HADIS 40 IMAM NAWAWI PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2025

Satu pencapaian yang membanggakan telah dicatat oleh dua orang murid dari SJKC Peng Min, Alor Setar dalam Pertandingan TikTok Challenge Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung baru-baru ini.

Farish Rafael Bin Mohd Firdaus, murid Tahun 5, berjaya membawa pulang tempat kedua, manakala rakannya, Muhammad Dheifullah Bin Muhammad Syahir, meraih tempat keempat dalam pertandingan tersebut. Mereka telah bersaing dengan murid-murid dari setiap daerah di negeri Kedah dan menonjolkan kreativiti serta kefahaman yang mendalam terhadap hadis-hadis terpilih.

Pertandingan ini dianjurkan bagi menggalakkan murid-murid menghayati dan mengamalkan isi kandungan Hadis 40 Imam Nawawi dalam kehidupan seharian. Lebih menarik, ia dilaksanakan melalui platform media sosial TikTok, menjadikannya lebih menarik dan sesuai dengan minat serta gaya pembelajaran murid masa kini. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai platform untuk memupuk nilai-nilai murni dan sahsiah unggul dalam kalangan murid melalui penggunaan teknologi dan media sosial secara positif.

Kejayaan ini membuktikan bahawa murid tersebut mampu menghayati Hadis dengan baik, selaras dengan objektif serta nilai-nilai Islam sejagat. Guru pembimbing, pihak sekolah dan ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam menyokong penyertaan dan persediaan murid-murid terbabit.

Tahniah diucapkan kepada Farish, Dheifullah dan seluruh warga SJKC Peng Min!  Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada murid lain untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti berteraskan pendidikan Islam secara kreatif dan inovatif.

#TikTokChallengeHadis40ImamNawawi
#SJKCPengMinAlorSetarKedah
#PendidikanIslam
             
          
                                                     

                                                               



Previous Post Next Post