MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI TAHUN 6 SJKC PENG MIN SESI AKADEMIK 2022/2023

                     ...السلام عليكم ورحمه الله وبركاته              Alhamdulillah..SJKC Peng Min, Alor Setar telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 bagi sesi akademik 2022/2023 pada 17 Februari 2023 (Jumaat). Ribuan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis yang gemilang ini setelah dua tahun majlis seumpama ini tidak dapat dilaksanakan kerana negara dilanda pandemik Covid-19.

Kecemerlangan dalam pencapaian akademik amat penting dalam kemenjadian murid. Namun begitu, kemantapan sahsiah dan keterampilan diri perlu diutamakan untuk melahirkan generasi pewaris yang berkualiti dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Oleh yang demikian, usaha untuk mencapai kecemerlangan mestilah disulami dengan penerapan sahsiah dan budi bahasa yang mulia berteraskan agama dan nilai-nilai murni dalam segala aspek kehidupan.

Syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6 Sesi Akademik 2022/2023. Tahniah juga diucapkan kepada anak murid ustazah iaitu Miasara Amani dan Nur Dhia Syaffiya kerana mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Semoga dengan anugerah yang diterima ini dapat menjadi perangsang untuk terus meningkatkan usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Buat Graduasi tahun 6 semoga anda semua terus maju jaya dan selamat melangkah ke alam sekolah menengah.

Previous Post Next Post